Dah langgar, motorsikal pulak diseret! ‘Rider’ Foodpanda maut dirempuh pemandu mabuk
Apa sudah jadi? Beberapa hari lalu baru ada kes seorang pekerja kurier maut dilanggar pemandu mabuk. Hari ini, satu lagi kematian melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun.
Menerusi laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa menunggang motorsikal Honda EX5 telah dirempuh oleh seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina dari arah belakang.
Baru lepas hantar makanan jualan isteri
Mangsa yang penghantar makanan Foodpanda, dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed, ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.
Lagi kes pemandu mabuk.
Kali ini penghantar makanan usia 44 maut selepas dirempuh pemandu sebuah MPV .
Motosikal juga diseret lebih 1KM daripada lokasi mangsa tercampak sebelum suspek ditangkap orang awam.
Kejadian awal pagi ini berlaku di Lebuhraya Mahameru, KL.@BuletinTV3
Sebelum kejadian, mangsa Mohamed Zaili Mohamed baru selesai hantar makanan hasil jualan isterinya sendiri.
Isteri yang mendapat berita itu terus bergegas ke lokasi kejadian dan tidak dapat menahan sebak dengan kejadian berlaku.
Pasangan itu mempunyai anak.
60 people are talking about this
Maut parah di kepala
Akibat rempuhan tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian
Positif minum ‘air kecing setan’
Suspek berusia 21 tahun telah dikejar oleh orang awam, sebelum memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa.
Suspek dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







