Dia Yang Tak Henti-Henti Nak Buat Comeback Tapi Tuduh Saya Pulak, Giler – Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak membidas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau cuba kembali menjadi Perdana Menteri sekiranya dibebaskan daripada pertuduhan mahkamah.
Najib yang juga bekas Perdana Menteri keenam menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘giIa’ kerana Dr Mahathir sendiri yang tidak henti-henti membuat ‘comeback’ (kemunculan semula) sebagai Perdana Menteri kesembilan dalam masa terdekat.
” Dia (Dr Mahathir) sendiri yang tak henti-henti nak buat comeback (kemunculan semula) jadi PM9 (Perdana Menteri kesembilan).
” Pastu dia tuduh saya yang nak buat comeback! GiIer,”
Demikian tulis Najib menerusi satu hantaran dalam laman sosial Facebooknya hari ini.
Beliau memuat naik hantaran itu bagi mengulas dakwaan Dr Mahathir mendedahkan cita-citanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Kata Mahathir lagi, Najib tidak hanya sekadar mahu terlepas hukuman penj4ra menerusi satu wawancara khas bersama akhbar antarabangsa, South China Morning Post yang disiarkan hari ini.
Malah Mahathir turut mendakwa Najib tidak akan bekerja keras untuk membantu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau dipenj4rakan akibat kes mahkamah.
Dalam perkembangan lain, Najib turut membidas Dr Mahathir yang tidak henti-henti menyalahkannya susulan kegagalan terkini Ahli Parlimen Langkawi itu untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan berdepan kesukaran.
” Dia (Dr Mahathir) beritahu media asing semalam bahawa musuh sebenarnya dia ialah saya sebab kononnya saya muncul kembali sebagai kuasa politik selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14).
” Tak henti-henti PM7 (Dr Mahathir) sebut nama saya dalam wawancara itu. Lalu, dia mengaku dia menghadapi kesukaran untuk menumbangkan kerajaan PN.
” Dia sendiri tak berjaya tumbangkan kerajaan PN, PM8 tetapi dia salahkan saya pulak. Nak kutuk saya lagi buat apa?” ujarnya menerusi satu lagi hantaran Facebook hari ini.
Dalam wawancara dengan South China Morning Post (SCMP), Mahathir berkata tidak mungkin Najib akan menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai perdana menteri jika dia tahu dia akan dipenj4ra.
Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, dilihat bergantung pada Umno dan PAS sekiranya partinya yang masih baru ingin bertahan dalam pilihan raya.
” Satu perkara yang pasti. Najib tidak akan bekerja keras untuk menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri jika dia akan dipenj4ra.
” Dia tidak akan membiarkan Muhyiddin jadi perdana menteri, dan dia masuk penj4ra. Dia tidak mahu masuk penj4ra.
” Sekiranya dia mempunyai perdana menteri yang ‘jinak’ yang dia boleh pengaruhi, dia mungkin terlepas dari hukuman penj4ra,” kata Mahathir dalam wawancara itu.
