Ini Respond Padu PPIM Datuk Nadzim Johan Mengenai Kehilangan Suspk Datuk Seri
Kehilangan suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang har4m sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu menimbulkan seribu tanda tanya.
Malah, timbul tanda tanya adakah suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilarikan atau dibantu pihak tertentu.
Sehingga kini belum ada maklum balas berhubung kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan di media sosial.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.
“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?
“Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?
“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.
Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu ia boleh menjejaskan imej badan penguat kuasa yang diberi amanah besar.
“Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?
“Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.
“Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.
Isnin lalu, suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.
sumber metro
Suspek Cuci duit h4ram Datuk Seri berjaya cabut lari
Kuala Lumpur: Polis kini memburu lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram selepas dia melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Ras-uah (SPRM), kelmarin.
Menurut sumber, sepatutnya lelaki terbabit turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan ju-di dalam talian.
Panjat Pagar SPRM
“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.
“Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.
Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan J-enayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.
Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.
Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan reman itu namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perju-dian di Cheras.
“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perj-udian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.
“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.
Pengarah Jabatan Siasatan Je-nayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman bagi membantu sia-satan.

