Pengunjung Stesen Minyak Bakal Did3nda RM1,000 Jika Tidak “Check-In” Dengan MySejahtera
Tahukah anda bahawa kini anda diwajibkan untuk mengimbas kod menggunakan applikasi MySejahtera di stesen minyak?
Pada awalnya kami pun berasa agak terkejut kerana setahu kami, anda tidak boleh menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, apabila tiba di stesen minyak, setiap individu perlulah mendaftar aplikasi MySejahtera walau pun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.
“Jika tidak mendaftar atau mengimbas kod QR premis berkenaan, bagaimana pihak polis hendak mengesan individu terbabit jika terdapat kes C0v1d-19 di situ?,” katanya.
Katanya lagi, setiap individu yang datang ke stesen minyak diwajibkan memakai pelitup muka, mendaftar masuk aplikasi MySejahtera bagi pengesanan kontak, memeriksa suhu badan dan menggunakan hand sanitiser.
Beliau berkata demikian selepas memberi maklumbalas mengenai rakaman klip tular suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikompaun RM1,000 kerana gagal scan MySejahtera ketika mengisi minyak, walaupun memakai pelitup muka.
SUMBER:via kaki jalan

