Wrga Asing Akn Dapat Vaksin COVlT Secara Percuma. Kerajaan Jelaskn Sbb Kenapa Langkah Itu Diambil
Terkini, kerajaan bersetuju memperluas pemberian vaksin secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia.
Difahamkan mereka merangkumi diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan dan anak, pekerja asing, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) serta warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.
Ia diumumkan melalui satu kenyataan media bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVlD-l9 (JKJAV) Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin selepas Mesyuarat Kabinet bagi Program Imunisasi COVlD-l9 Kebangsaan, semalam.
” Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam bersetuju supaya Program Imunisasi COVlD-l9 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.
” Ini membabitkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia,” kata kenyataan itu, hari ini.
Katanya, selari dengan tema Program Imunisasi COVlD-l9 Kebangsaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’, pemberian vaksin secara percuma kepada golongan itu adalah selepas mengambil kira beberapa faktor.
” Antara faktor berkenaan adalah persekitaran selamat serta bebas COVlD-l9 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk Malaysia diberikan vaksin.
” Selain itu, dalam tempoh pndemik, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan serta rekod jumlah pesak1t yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing terutama sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan,” katanya.
Menurutnya, selain itu faktor kos rawatan dan kuarantin pesak1t COVlD-l9 yang tinggi akibat daripada jangkitan kluster pekerja asing dan mereka juga sudah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara turut diambil kira.
” Malah, mesyuarat kabinet juga mengambil kira layanan sebahagian negara luar yang turut memberikan vaksin kepada warganegara Malaysia yang berada di negara mereka.
” Keputusan ini memudahkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara dan membantu menjayakan Program Imunisasi COVlD-l9 Kebangsaan.
” Bagaimanapun, keutamaan pemberian vaksin COVlD-l9 tetap diberikan kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warga asing akan diumumkan kelak,” katanya.
Katanya, keputusan pemberian vaksin secara percuma itu juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COVlD-l9 yang diperolehi Malaysia mencukupi serta melebihi jumlah rakyat Malaysia yang layak menerimanya.
” Ini juga selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pndemik COVlD-l9,” katanya.
Sementara itu, Khairy melalui ciapan di Twitter memaklumkan, JKJAV akan berbincang secara lanjut kaedah pemberian vaksin secara menyeluruh kepada semua warga asing di Malaysia melalui kerajaan negeri, kedutaan asing serta agensi badan bukan kerajaan (NGO).
Sumber:hmetro