“Tumpuan Kalian Berikan Kepada UEL Buatkan Saya Ingin Dedahkan Perkara Sebenar,” – Caprice

Penyanyi rap, Caprice menerusi Instagram Story miliknya baru-baru ini telah meluahkan perasaan apabila ramai netizen mula berpihak kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berikutan isu pers3lisih4n antara Caprice dengan pasukan pendakwah itu.
Dalam hantaran itu juga, Caprice terbuka untuk berkongsi maklumat mengenai perkara baik dan kurang baik membabitkan pasukan Ebit ketika rombongan berkenaan ke G4za, P4lestin baru-baru ini.
“Tumpuan yang kalian berikan kepada UEL (Ustaz Ebit Lew) benar-benar membuatkan saya ingin dedahkan perkara sebenarnya mengenai pasukannya.
“Di G4za, dia hanya 10 peratus daripada apa yang berlaku. Tapi, kalau kalian menyebut-nyebut nama itu sebab nak b4kar lagi, saya sedia untuk tunjuk lagi sampai yang m4rah, betul-betul faham dan sedar, ada benda baik yang pasukan UEL buat.
“Tapi, ada benda kurang baik juga berlaku yang orang lain kena hadam seperti saya. Ini bukan kali pertama, cuma banyak badan bukan kerajaan (NGO) tak berani bersuara sebab t4kut dengan maklum balas netizen begini,” tulisnya.
Tambahnya lagi, nama Ebit itu begitu ‘mahal’ sehinggakan ramai yang membela nasibnya. Caprice juga menjelaskan bahawa tidak wujud rasa d3ngki atau cembvru dalam hatinya terhadap pasukan pendakwah itu.
“Tolong jangan p4ksa saya. Mas4lah ini lebih besar dari UEL, tapi sebab nama ini terlalu mahal, sekali petik saja semua nak bela sebab dia seorang ustaz dan buat banyak benda baik.
“Ya, saya begitu juga dulu. Tapi, sekarang saya kena hadam semua yang berlaku di sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat. Tolonglah fikir logik. Tak ada sesiapa di sini dengki dan cemburu dengan pasukan UEL.
“Ini hanya apa yang berlaku pada misi G4za yang buat saya dan pasukan-pasukan lain nak masuk ke G4za selepas ini, lagi susah. Tolonglah faham. Tak ada sesiapa pertikai benda baik yang dia buat. Cuma dua ke tiga perkara berlaku yang k3coh di G4za dan kita kena hadam,” katanya.
Sumber: myartis.com


