Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan


Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin telah menghembus nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Terbaharu, jenazah Allahyarhamah Siti Sarah telah selamat dikebumikan pada pukul 1.38 tengah hari.

Perjalanan terakhir Siti Sarah

Jenazah Allahyarhamah telah selamat tiba di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak pada jam 12.40 tengah hari dengan menaiki van jenazah. Difahamkan, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana dikawal ketat sepenuhnya oleh pihak polis.

Ratusan orang ramai serta peminat turut menunggu di luar pagar sebagai penghormatan terakhir buat penyanyi terkenal tersebut.

Shuib dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed Raissuddin turut dikatakan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengiringi serta menguruskan jenazah buat kali terakhir.

Walau bagaimanapun, Shuib reda dengan pemergian isteri tersayang dan jenazah Allahyarhamah isterinya telah selamat dikebumikan pada pukul 1.38 tengah hari tadi bersebelahan kubur arwah ibunya.

Allahyarhamah selamat dikebumikan

Video Player
00:00
00:23
Video Player
00:00
00:24